Barah paru-paru ialah sejenis penyakit yang dapat membahayakan nyawa seseorang. Ada peratus kematian kerana barah paru-paru. Ada beberapa langkah untuk mengelakkan penyakit barah paru-paru seperti makan makanan yang sihat, minum air yang secukupnya dan sebagainya.
Antara mengelakkan berlakunya barah paru-paru ialah menjauhkan diri daripada menghisapkan rokok dan elakkan daripada menghidu asap rokok. Hal ini demikian kerana, rokok dan asapnya dapat mangakibatkan seseorang itu mudah menghidapi penyakit barah paru-paru. Contohnya, jauhkan diri kita daripada penghisap rokok dan terhidu asap rokok.
Selain itu, kita mestilah makan makanan yang berkhasiat dan minum air yang secukupnya. Hal ini demikian kerana, makan makanan yang berkhasiat dan minum air yang secukupnya dapat mengelakkan diri daripada menghidapi penyakit barah paru-paru. Sebagai contoh, kita mesti makan sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi.
Di samping itu, kita haruslah membuat pemeriksaan diri di klinik kerana ia membantu kita mengetahui tahap kesihatan diri kita. Risalahnya, kita mestilah membuat pemeriksaan kesihatan diri di klinik sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Seterusnya, kita perlu beriadag atau bersenam setiap hari. Hal ini demikian kerana, beriadah atau bersenam dapat menyihatkan badan kita. Contohnya, berjoging, bermain badminton dan sebagainya.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan paru-paru dengan baik supaya generasi yang akan datang dapat hidup dengan lebih sihat. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".
Seeded
回复删除