2017年11月23日星期四

Diri Saya

          Nama saya Hasnurul Idayu binti Yusof. Saya berusia 12 tahun. Saya merupakan murid tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Lalang. Setiap hari, saya menaiki kereta ke sekolah.
          Saya suka membaca buku. Ibu saya sering membelikan saya buku. Selain membaca buku, saya juga suka bermain komputer. Ayah telah menghadiahkan sebuah komputer kepada saya semasa mejlis hari lahir saya yang kedua belas tahun.
          Saya juga gemar mengumpulkan setem. Dengan mengumpulkan setem, saya dapat mengetahui sedikit sebanyak latar belakang sesebuah negara. Saya juga suka mengumpulkan duit syiling kerana saya dapat menambahkan pengetahuan tentang mata wang yang wujud di dunia.
          Saya suka bermain badminton dan bola jaring. Saya telah mewakilkan sekolah dalam kedua-dua permainan tersebut. Menurut cikgu saya, sekiranya kita aktif bersukan, badab kita akan menjadi sihat. Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas.
          Saya juga mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Baru-baru ini, saya telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah. Saya bercita-cita menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti
          Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya juga akan membalas jasa kedua-kedua ibu bapa saya.


  • berusiaberumur…...
  • wujudada存在
  • melahirkanmenghasilkan产生
  • mewakilimenjadi wakil kepada代表
  • johantempat pertama冠军
  • jasabakti, kebaikan恩惠

Berkunjung ke Pesta Ria Shah Alam

          Pada hari Ahad yang lepas, saya bersama-sama keluarga telah berkunjung ke Pesta Ria di Shah Alam
          Setelah membeli tiket, kami pun masuk ke pesta tersebut. Terdapat berbagai-bagai gerai jualan di sana. Ada yang menjual buku, pakaian, barang permainan kanak-kanak, gerai makanan dan sebagainya. Suara para penjaja jelas kedengaran.
          Sedang kami asyik melihat barang-barang yang dijual, saya terdengar suara kanak-kanak menangis. Rupa-rupanya kanak-kanak itu telah terpisah daripada keluarganya semasa dia sedang asyik melihat barabg jualan.
          Kami berusaha mencari keluarga kanak-kanak itu, namun tidak berjaya. Ayah segera membawa kanak-kanak itu ke kaunter perkhidmatan. Berita kehilangan kanak-kanak tersebut telah diumumkan oleh pegawai bertugas. Beberapa minit kemudian, sepasang suami isteri pun datang. Mereka berterima kasih kepada kami kerana telah menemukan mereka dengan anak mereka semula. Kami berasa sungguh gembira kerana mereka sekeluarga dapat bertemu semula.
          Walaupun kunjungan kami ke pesta tersebut sedikit tergendala, namun saya berbangga kerana telah berjasa.
          Setelah beberapa jam kami berjalan-jalan di Pesta Ria dan membeli beberapa cenderamata, kami pun pulang ke rumah pada pukul 5.30 petang.

  • berkunjungpergi往(参观)
  • penjajapenjual小贩
  • terpisahtercerai分开/失散
  • asyikleka沉迷/只顾着
  • diumumkandiberitahu宣布
  • bertemuberjumpa重逢/见面

Baik Buruk Tinggal di Bandar

          Bandar dianggap syurga dunia kerana apa-apa sahaja yang diperlukan oleh kita terdapat di bandar. Oleh sebab itulah, ramai anak muda berpusu-pusu berhijrah ke bandar untuk mengejar kemewahan.                                                                                                  Tinggal di bandar ada kebaikan dan keburukannya. Di bandar, terdapat banyak peluang pekerjaan. Gaji lumayan yang ditawarkan dan pelbagai insentif menarik mendorong anak-anak muda dari kampung berhijrah ke bandar.
          Di bandar juga terdapat banyak kemudahan awam seperti pelbagai jenis pengangkutan awam, pusat beriadah dan sebagainya.
          Namun begitu, tinggal di bandar juga ada keburukannya. Keruntuhan moral masyarakat bandar begitu ketara. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan amat membimbangkan. Pencemaran juga banyak berlaku di bandar.
          Selain itu, kos sara hidup di bandar juga adalah tinggi. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat banyak rumah setinggan didirikan oleh golongan yang berpendapatan rendah kerana tidak mampu menanggung kos sewa rumah yang tinggi.
          Kesimpulannya, tidak semua kebaikan terdapat di bandar. Kita juga harus memikirkan keburukan sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar.

  • syurga duniasegala bentuk kesenangan di dunia人间天堂
  • berhijrahberpindah移居
  • lumayanbanyak许多/
  • membimbangkanmerisaukan担忧
  • berpendapatanbergaji收入
  • menanggungmembiayai负担

2017年11月1日星期三

Usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di negara kita

          Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkanaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permaina tradisional di negara kita?

          Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan maklumat berkenaan pelabagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.


          Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama-sama. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan diri saya daripada terjebak dngan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.


          Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahadian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkak dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara yang tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

          Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutamanya permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk jga rasa cinta terhadap negara.

          Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permaina tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kamahuan, di situ ada jalan.