Nama saya Hasnurul Idayu binti Yusof. Saya berusia 12 tahun. Saya merupakan murid tahun 6 di
Sekolah Rendah Kebangsaan
Sungai Lalang. Setiap hari, saya menaiki kereta ke sekolah.
Saya suka membaca buku. Ibu saya sering membelikan saya buku. Selain membaca buku, saya juga suka bermain komputer.
Ayah telah menghadiahkan sebuah komputer kepada saya semasa mejlis hari lahir saya yang
kedua belas tahun.
Saya juga gemar mengumpulkan setem. Dengan mengumpulkan setem, saya dapat mengetahui sedikit sebanyak latar belakang sesebuah negara. Saya juga suka mengumpulkan duit syiling kerana saya dapat menambahkan pengetahuan tentang mata wang yang
wujud di dunia.
Saya suka bermain
badminton dan bola
jaring. Saya telah mewakilkan sekolah dalam kedua-dua permainan tersebut. Menurut cikgu saya, sekiranya kita aktif bersukan, badab kita akan menjadi sihat. Badan yang
sihat akan melahirkan otak yang
cerdas.
Saya juga mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Baru-baru ini, saya telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah. Saya bercita-cita menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti.
Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya juga akan membalas jasa kedua-kedua ibu bapa saya.
- berusia—berumur…...岁
- wujud—ada存在
- melahirkan—menghasilkan产生
- mewakili—menjadi wakil kepada代表
- johan—tempat pertama冠军
- jasa—bakti, kebaikan恩惠
没有评论:
发表评论